Fenomena android, iphone dan tablets kini sampai ke kemuncaknya. Tapi apakan daya, ini semua annoying gila. Mengapa aku kata begitu,tak lain tak bukan atas beberapa fakta dan kisah benar yang aku ingin coretkan. Sama ada korang pernah rasa mahupun lalui, lets the story begins!
Apa guna ada tablet/iphone kalau lepak mamak jumpa kawan2 tapi dok berkepit je dengan dorang punya handphone/tablet melayan facebook and twitter. Apa kejadahnya kawan-kawan sekalian? Ada masalah, mestilah ada masalah, bila jumpa kawan-kawan tu, just hang out la dengan kawan korang, kalau lepak je korang tak berborak sebab kau berborak dalam tablet/phone korang je baik takyah lepak, bila borak taklayan sebab fokus dengan gajet masing-masing mengapa dong! Annoying tak? Muhaha.
Kalau aku ada IPAD3 sekali pun aku tak kan bawak la kalau lepak dengan kawan-kawan sebab aku tau aku takkan ada IPAD3 tu. Hahahaha. Oleh itu aku telah terfikir beberapa isi penting sebab musabab korang bawak and berkepit dengan tablet/phone korang tu;
1. Nak update lokasi grand korang berada, contohnya korang dinner kat hotel bertaraf berbintang-bintang, nanti leh update, 'Sedapnya makanan kat hotel malaysia ni, biarlah mahal pun, janji sedap!'
2. Nak kecoh satu dunia korang shopping kat tempat gempak gitu, boleh la riak dengan cara rendah diri kat social network. Contoh korang buat sendiri.Hehehe.
3. Nak habaq kat depa semua semua aktiviti hangpa 24jam sehari semalam seminggu. Senang korang cari calon suami dan isteri yang akan memahami jadual harian anda.
Aku buat muka. Hahaha!