Ramadhan is Coming!

Sunday, 23 June 2013

Peace Yawww! Long time no see!


Assalamualaikum! Lama tak jumpa lama tak taip lama sudah tak update blog yang huduh lagi hina ini. Sesungguhnya kekuatan blog ini terletak pada huruf b nya. Hahaha.

Now is pertengahan syaaban yakni nifsu syaaban. Banyak kisah dan kebaikan tentang malam nifsu syaaban yang mana korang jangan malas sila google sendiri. Bila sebut syaaban bermakna ramadhan tengah beratur untuk sama-sama kita raikan dengan ibadah. :)

However and besides that, doakan kami pelajar UiTM Shah Alam yang bakal menduduki peperiksaan akhir, semoga kami tenang lagi air mata berlinang untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang mana final exam kali ini merupakan final bagi mereka sebab dah last semester. Kurang ajar aungguh. Semoga korang buat yg terbaik dan kerja cari duit banyak-banyak dan jadi mata duitan. Hahaha.

Akhir kata, majulah cinta untuk dunia dan akhirat, cinta dunia untuk membuatkan kita lebih cintakan akhirat. Assalamualaikum.


Awit is Horay

Wednesday, 5 December 2012


Satu sumber kekuatan kembali menjelma
KAU
jangan pernah kembali
AKU
takkan pernah sesali

Im was here

Wednesday, 19 September 2012


Kecewa, patah hati, semua ada. So saya dengan ini Mohd Fared bin Md Isa ingin mengundurkan diri. If you like him just tell him, he is my best friend. Im okay. InsyaAllah. Assalamualaikum.

Buat Si Hawa

Tuesday, 31 July 2012

Jangan ditanya kepada suami anda siapa yg paling disayangi suami anda. Diri anda ataupun ibu suami anda. Mengapa cemburu jika suami anda lebihkan ibunya melebihi anda. Jangan pula bersedih jika suami anda menyatakan dia akan memilih ibunya. Caranya mudah.  Jika anda mempunyai anak lelaki, anda mahu anak  anda tu sayang  isterinya atau sayang anda sebagai ibu kandungnya. Ibu yang membawa si anak 9 bulan dengan susah payahnya. 



Mudahnyeee kan. Anda faham? Jika anda faham anda pasti tahu, syurga isteri  terletak pada si suami dan syurga si suami terletak ditelapak kaki ibunya.

Puasa Lagi!

Thursday, 19 July 2012

Masa untuk kita berpuasa lagi pada esok hari. Okay, secara kebetulan setiap kali hari jumaat je baru terbukak hati kecil ni untuk mengupdate blog ini. Waduh waduh, ini kebetulan, tapi okay apa update blog setiap hari jumaat je. Barulah coooooooooolblog! Wakakaka :)


30 hari kita berpuasa, aku rancang nak buat 30 hari puasa tanpa nasi! Maknanya berbuka dan sahur makan lauk pauk je, apa macam! Apakan daya, nak badan mcm Aaron Aziz punya pasal, kena berkorban maa! Mcm mana kawan aku berkorban wang dan tenaga untuk aweknya,  seperti pengorbanan kawan aku jogging sampai kaki stop sendiri demi nak aweknya.Sadis sungguh pengorbanan dorang.(Muntah)


Kurus kurus kurus, member aku dah bosan dgr ayat aku, 'Baik kau tangkap gambar aku byk2 sekarang, sem depan aku dah kurus'. HAHAHAHAHAHAHAHA. Lantak lah woi! Tu ayat nak bagi motivasi kat diri sendiri,. Tak guna punya member! Bukan nak bagi support. Korang semua harus support aku ok, aku kurus nanti aku belanja korang makan burger YB okay!

Akhir kata, kita ni manusia tak pernah puas. Sebagai contoh aku, bila naik bas nak motor. Bila dapat motor nak tukar motor besar pulak, apa lah nak jadi. Alhamdulillah. Aku tak mintak apa2 dah lepas ni, mak aku bagi apa yang aku nak, lepas ni aku nak bagi pulak apa yang mak aku harapkan. Awit akan belajar bersungguh-sungguh yer. InsyaAllah. Doakan aku semua, semoga semester ni dan semester mendatang aku berjaya dan terus enjoy ni Berjaya Times  Square! Hidup! Hidup!


Baju ni aku dah tak muat, harap-harap muat pasni. Kihkihkih.

Geng Gila Gua

Thursday, 12 July 2012

Jumaat dah datang.Jumaat hari yang berkat. Kaum adam jangan gedik-gedik nak ponteng solat okay. Aku pun jangan nak buat-buat terlebih tidur. Hahaha. So today aku nak share dengan korang geng gila gua. 3G youuu. Haaa, jangan nak cilok, tu nama geng gua dah cop! Hihi. Okay korang boleh tgk gambar dibawah. Pilih yang mana berkenan okay? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Geng ni tertubuh pada masa yang aku lupa, bersama ahli2nya yang malas aku nak taip,nanti kena marah pulak jual nama. Haha. Apa, sebut je, dorang bukannya tau pon? Okay nama dorang Adilah, Farah and Atin. Korang pandai2 fikir mana satu muka sesuai dengan nama yang aku sebut. Wakaka.. Next, geng ni secara tak rasmi ditubuhkan berdasarkan motto, Gelak Tawa Riang Kita Bersama. 


 Menariknya geng ni nak bukak kedai kek, sebab dorang suka buat mcm2 jenis kek, yang bestnya semua kek tu tak pernah nak bagi aku rasa, Haram jadu, mentang2 aku dah bulat. Tapi xpe, kita sambung balik, dorang nak bukak kedai kek,while aku and the geng nak bukak kedai makan. Sebab tu aku nak pergi kursus masak kat mana-mana tempat yang sesuai. Ini bukan janji tapi pasti. Tak best la setakat ni pandai masak sikit je lauk. Nak lagi... nak lagi... *Ala gediknya.



 saya gembira bila semua gembira
saya tak suka sedih-sedih
tak suka masam-masam.

saya suka berkawan
tapi sedangkan lidah lagi tergigit
ini pula dalam persahabatan.

saya tak baik
tapi cuba jadi kawan yang terbaik.

saya fared, awak?





SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
Y^_^Y




Dah lama dah :)

Wednesday, 11 July 2012

Ramadhan akan tiba tak lama lagi kan woi. Woi? Apa woi woi?  Okay sorry maafkan saya =) Hahaha. Ok bulan puasa akan tiba awak awak sekalian, gadis-gadis sila ganti puassa dengan cepat okay. Tak sabar nyaaa nak puasa. Ye dok?


Oleh itu saya dengan berbesar hati nak mohon maaf kepada semua rakan taulan yang amat saya sayangi. Yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi. Ye dok?



Ini mungkin last entry aku sebab aku akan buat-buat busy taknak update blog. So,aku nak jelaskan beberapa perkara kat sini. Harap jelas dan tidak mengguriskan hati mana-mana pihak. Seram je bunyi kan! Hahahahaha!

Ramai cakap first impression bila nampak aku smua kata nampak mcm garang dan tak friendly. Menipu! Sejak bila? Puii.. Tapi kat luar bila aku sensorang or tak kenal dengan sesapa aku memang nampak mcm tu, tp insyaallah bila aku dah kenal korang, aku akan bertukar jadi kawan yang sebaik mungkin.


Kau 21, aku pun 21 kita sama-sama dah besar matang. Tapi kenapa kau tak boleh fikir benda mana yang baik, benda mana yang elok. Kenapa tak boleh fikir wei. Kenapa wei. Aku sedih ada kawan macam kau. Please jgn buat kawan kau sendiri macam hamba abdi boleh, tapi takpa, takkan sebab 1 keburukan kau, aku kaburkan 1001 kebaikan kau. 


Kekadang aku rasa dalam hidup aku ni, masih ada kekeliruan dalam kawan. 
Aku sayang kengkawan aku. No doubt!
Tapi aku rasa aku tipu diri sendiri.
Kita iktiraf kita kawan baik.
hakikatnya layanan  'kawan biasa' aku yang lain lebih baik daripada kau.
 Asal leh jadi macam tu?

Aku tak mengharap sesuatu pun dalam berkawan.
Cuma serba salah kat member aku yang lain.
Aku tak kisah hilang kawan, sumpah tak kisah.

Sebab memang adat bertemu dan berpisah tu perkara biasa.
Kalau tak berpisah esok, lelama berpisah jugak. Sama ajaa :)



.
.
.
.
.
.

Seronok tengok member aku sorang ni, loner forver, tapi still berkawan dengan semua orang, tapi takda yang kawan baik. Cuma baik dengan semua orang. Si loner forver ni senang dan riang je g kelas sorang2, g beli kasut sorang2, jalan kat mall sorang2, g makan sorang2 Heaven. Takyah jagi hati sesiapa. Tapi aku pelik, wujud kau orang mcm dia ni. Hahaha! Tapi bila aku tanya best ke kau mcm ni, dia kata dia selesa. Wow. Aku xtau aku boleh ke hidup ikut cara dia, cuma kekadang aku pun nak buat mcm tu, boleh? Penat lah jaga hati. Penat lah makan hati.  Aku nak nangis. Ok tata.