Buat Si Hawa

Tuesday, 31 July 2012

Jangan ditanya kepada suami anda siapa yg paling disayangi suami anda. Diri anda ataupun ibu suami anda. Mengapa cemburu jika suami anda lebihkan ibunya melebihi anda. Jangan pula bersedih jika suami anda menyatakan dia akan memilih ibunya. Caranya mudah.  Jika anda mempunyai anak lelaki, anda mahu anak  anda tu sayang  isterinya atau sayang anda sebagai ibu kandungnya. Ibu yang membawa si anak 9 bulan dengan susah payahnya. 



Mudahnyeee kan. Anda faham? Jika anda faham anda pasti tahu, syurga isteri  terletak pada si suami dan syurga si suami terletak ditelapak kaki ibunya.

0 comments:

Post a Comment