Masa untuk kita berpuasa lagi pada esok hari. Okay, secara kebetulan setiap kali hari jumaat je baru terbukak hati kecil ni untuk mengupdate blog ini. Waduh waduh, ini kebetulan, tapi okay apa update blog setiap hari jumaat je. Barulah coooooooooolblog! Wakakaka :)
30 hari kita berpuasa, aku rancang nak buat 30 hari puasa tanpa nasi! Maknanya berbuka dan sahur makan lauk pauk je, apa macam! Apakan daya, nak badan mcm Aaron Aziz punya pasal, kena berkorban maa! Mcm mana kawan aku berkorban wang dan tenaga untuk aweknya, seperti pengorbanan kawan aku jogging sampai kaki stop sendiri demi nak aweknya.Sadis sungguh pengorbanan dorang.(Muntah)
Kurus kurus kurus, member aku dah bosan dgr ayat aku, 'Baik kau tangkap gambar aku byk2 sekarang, sem depan aku dah kurus'. HAHAHAHAHAHAHAHA. Lantak lah woi! Tu ayat nak bagi motivasi kat diri sendiri,. Tak guna punya member! Bukan nak bagi support. Korang semua harus support aku ok, aku kurus nanti aku belanja korang makan burger YB okay!
Akhir kata, kita ni manusia tak pernah puas. Sebagai contoh aku, bila naik bas nak motor. Bila dapat motor nak tukar motor besar pulak, apa lah nak jadi. Alhamdulillah. Aku tak mintak apa2 dah lepas ni, mak aku bagi apa yang aku nak, lepas ni aku nak bagi pulak apa yang mak aku harapkan. Awit akan belajar bersungguh-sungguh yer. InsyaAllah. Doakan aku semua, semoga semester ni dan semester mendatang aku berjaya dan terus enjoy ni Berjaya Times Square! Hidup! Hidup!
Baju ni aku dah tak muat, harap-harap muat pasni. Kihkihkih.
0 comments:
Post a Comment