Ramadhan akan tiba tak lama lagi kan woi. Woi? Apa woi woi? Okay sorry maafkan saya =) Hahaha. Ok bulan puasa akan tiba awak awak sekalian, gadis-gadis sila ganti puassa dengan cepat okay. Tak sabar nyaaa nak puasa. Ye dok?
Oleh itu saya dengan berbesar hati nak mohon maaf kepada semua rakan taulan yang amat saya sayangi. Yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi. Ye dok?
Ini mungkin last entry aku sebab aku akan buat-buat busy taknak update blog. So,aku nak jelaskan beberapa perkara kat sini. Harap jelas dan tidak mengguriskan hati mana-mana pihak. Seram je bunyi kan! Hahahahaha!
Ramai cakap first impression bila nampak aku smua kata nampak mcm garang dan tak friendly. Menipu! Sejak bila? Puii.. Tapi kat luar bila aku sensorang or tak kenal dengan sesapa aku memang nampak mcm tu, tp insyaallah bila aku dah kenal korang, aku akan bertukar jadi kawan yang sebaik mungkin.
Kau 21, aku pun 21 kita sama-sama dah besar matang. Tapi kenapa kau tak boleh fikir benda mana yang baik, benda mana yang elok. Kenapa tak boleh fikir wei. Kenapa wei. Aku sedih ada kawan macam kau. Please jgn buat kawan kau sendiri macam hamba abdi boleh, tapi takpa, takkan sebab 1 keburukan kau, aku kaburkan 1001 kebaikan kau.
Kekadang aku rasa dalam hidup aku ni, masih ada kekeliruan dalam kawan.
Aku sayang kengkawan aku. No doubt!
Tapi aku rasa aku tipu diri sendiri.
Kita iktiraf kita kawan baik.
hakikatnya layanan 'kawan biasa' aku yang lain lebih baik daripada kau.
Asal leh jadi macam tu?
Aku tak mengharap sesuatu pun dalam berkawan.
Cuma serba salah kat member aku yang lain.
Aku tak kisah hilang kawan, sumpah tak kisah.
Sebab memang adat bertemu dan berpisah tu perkara biasa.
Kalau tak berpisah esok, lelama berpisah jugak. Sama ajaa :)
.
.
.
.
.
.
Seronok tengok member aku sorang ni, loner forver, tapi still berkawan dengan semua orang, tapi takda yang kawan baik. Cuma baik dengan semua orang. Si loner forver ni senang dan riang je g kelas sorang2, g beli kasut sorang2, jalan kat mall sorang2, g makan sorang2 Heaven. Takyah jagi hati sesiapa. Tapi aku pelik, wujud kau orang mcm dia ni. Hahaha! Tapi bila aku tanya best ke kau mcm ni, dia kata dia selesa. Wow. Aku xtau aku boleh ke hidup ikut cara dia, cuma kekadang aku pun nak buat mcm tu, boleh? Penat lah jaga hati. Penat lah makan hati. Aku nak nangis. Ok tata.